Prinsip-Prinsip Kaunseling

   Prinsip-prinsip kaunseling disediakan bagi menjamin kecilinan serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah.

   Patterson (1967) mengemukakan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut:


  • Kaunseling ialah suatu proses perubahan tingkahlaku klien secara sukarela.Hal ini bermaksud klien tersebut secara sukarela ingin mengubah tingkah laku dan meminta kaunselor untuk membantunya.
  • kaunselor pula perlu menyediakan keadaan yang dapat membantu klien tersebut untuk merubah tingkah laku.Keadaan-keadaan tersebut ialah hak untuk membuat pilihan sendiri dan hak untuk klien berasa bebas untuk membuat perubahan tingkah laku.
  • Klien pasti akan menghadapi beberapa batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma,nilai dan sikap sesorang kaunselor.
  • Temubual diadakan untuk memudahkan perubahan tingkahlaku walaupun bukan semua jenis temu bual boleh dianggap kaunseling.
  • kaunseling memerlukan seorang kaunselor yang mendengar perkara yang diajukan oleh klien tetapi bukan semua tindakan mendengar adalah kaunseling
  • Kaunselor berusaha memahami klien
  • Kaunseling dilakukan secara sulit dan semua yang dibincangkan perlu dirahsiakan.
  • Kebiasaannya,klien mempunyai masalah psikologi.
  • Kaunselor perlulah orang yang mahir dan mampu menyelesaikan masalah psikologi klien.
   Biasco F. (1966) menggariskan prinsip-prinsip berikut :

  • Kaunseling adalah secara individu dan terbuka kepada semua orang dan tidak tertumpu kepada orang yang mempunyai masalah psikologi.
  • Kaunseling perkembangan adalah untuk membantu klien mendapat pengetahuan dan kefahaman diri.Hal ini myebabkan klien menerima keadaan dirinya dari segi jasmani,intelek dan afektif.
  • kaunseling paling berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
  • Kaunseling perkembangan menekankan aspek yang positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.
  • Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya terdapat kerjasama antara murid,guru-guru, ibu bapa,pihak pentadbiran dan kaunselor sekolah.
  • Kaunseling berpendapat bahawa setiap individu termasuk kanak-kanak berhak membuat keputusan sendiri dan bebas membentuk personaliti sendiri serta membuat perancangan hidup sendiri.
   McDanial dan Shaftel (1956) pula menyenaraikan prinsip-prinsip utama kaunseling seperti berikut :

  • Setiap klien haruslah diterima sebagai individu dan perlu dilayan dengan baik.Kaunselor seharusnya memberikan penghormatan tulen terhadap hak-hak individu iaitu haknya untuk berjaya dan sebaliknya.Tanggungjawab untuk berubah dan mengarah hidupnya adalah terletak pada klien tersebut.
  • Kaunseling pada asasnya adalah satu perhubungan yang permisif.Keadaan permisif ini dapat dilihat dari dua segi.Yang pertama,perhubungan antara kaunselor dengan klien boleh ditamatkan pada bila-bila masa sahaja.Di sini bermaksud tiada unsur paksaan berlaku.Yang kedua,kaunselor tidak boleh memaksa atau memujuk klien untuk menerima idea dan cadangannya.Klien sepautunya menentukan untuk dirinya menerima atau tidak pandangan atau cadangan kaunselor tersebut.
  • kaunselor menekankan pemikiran bersama klien dan kaunselor tidak membuat keputusan untuk klien.kaunselor sepatutnya berfikir bersama-sama dengan klien iaitu idea,cadangan atau pendapat klien hendaklah diambil kira dalam mengambil keputusan bagi suatu tindakan.
  • Prinsip-prinsip kaunseling adalah sejajar dengan ideal-ideal demokrasi.Kaunselor menerima hak seseorang itu dari segi minat,keperluan,kebolehan intelek,kestabilan emosi dan sebagainya.Penerimaan perbezaan ini dan penghormatan tulen terhadap hak-hak orang lain adalah sejajar dengan ideal-ideal demokrasi.

Comments

Popular posts from this blog

Teori Psikoanalisis

Rumusan