Etika Kaunseling
ETIKA
Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu.Etika dalam kaunselimg merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.Individu yang menceburi bidang kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej dalam bidang kaunseling.Etika menyentuh persoalan yang berkaitan dengan apakah yang boleh dan tidak,sama ada perlakuan atau nilai.Berdasarkan apa yang dikatakan di atas,penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan.
KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dalam suatu hubungan yang telah dibina.Kaunselor harus menjelaskan kepada semua klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.Penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling terbahagi kepada beberapa bahagian :
1. Kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan,mengajar dan penyelidikan.Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor.
2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusi.
3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku.Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara,berbincang dengan individu lain,mencari maklumat tambahan ,bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.
4. Kaunselor tidak seharusnya mencari kemajuan dengan membuat perbandingan yang membawa kerugian pada orang lain.
5. Kaunselor tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya kepada orang lain.
6. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan profesion,kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar bergantung kepada kemampuannya.
7. Apabila kaunselor mendapat maklumat awam,dia perlu memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat,tidak berat sebelah,objektif dan data yang nyata.
8. Kaunselor mesti tahu perbezaan antara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam.
Comments
Post a Comment