Kemahiran kaunseling

   Dalam melakukan proses kaunseling,kaunselor perlu menguasai beberapa kemahiran.Berikut merupakan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor.

   Kemahiran kaunseling yang pertama yang perlu dikuasai oleh kaunselor ialah kemahiran mendengar.Kemahiran ini adalah kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor.Dalam kemahiran ini,kaunselor perlu banyak mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.Kaunselor tidak boleh menyampuk percakapan klien tersebut.Kaunselor perlu memberi sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh klien untuk memastikan kaunselor faham dengan masalah klien.Dalam mendengar,kaunselor perlu mendengar dengan teliti terhadap sesuatu perkara seperti isi kandungan,perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisandan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.Terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran mendengar seperti  kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ.Kaunselor bukan sahaja perlu fokus pada perkataan yang dituturkan oleh klien,tetapi perlu juga fokus terhadap nada dan cara diperkatakan.Kaunselor juga perlu tahan dengan gangguan yang datang dari luar atau dari bisikan hati sendiri.

   Yang seterusnya,kaunselor perlu menguasai kemahiran membina hubungan.Kemahiran ini ialah kemahiran yang paling awal dalam sesi kaunseling.Kemahiran ini bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra,saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dengan klien.Kemahiran ini juga menjadikan klien berasa tenang untuk berkongsi masalah yang dihadapi.

   Cara duduk dalam sesi kaunseling juga adalah salah satu kemahiran yang perlu ada pada kaunselor.Kaunselor perlu peka dan tahu membaca bahasa badan yang dizahirkan olehn klien.Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling.Cara duduk melambangkan penerimaan kita terhadap orang lain.Kaunselor yang bersifat terbuka akan duduk secara menyondong dan rapat kearah klien manakala kaunselor yang tidak menerima akan duduk menyandar dan menjauhi klien.

   Yang seterusnya ialah kemahiran dalam menggalakkan klien untuk bercakap.Kaunselor boleh menggalakkan klien untuk bercakap dengan memberi soalan-soalan yang terbuka kepada klien.Semasa klien sedang bercakap,kaunselor perlu memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh klien dan memberi respon yang minima seperti anggukan kepala supaya menggalakkan klien untuk bercakap.

   Kemahiran membalas adalah salah satu keahiran yang perlu ada dalam diri kaunselor.Dengan membalas,hubungan yang baik dapat dicipta oleh kaunselor dengan klien.Membalas dapat menambah penglibatan seseorang dalam perbualan.
   

Comments

Popular posts from this blog

Prinsip-Prinsip Kaunseling

Teori Psikoanalisis

Rumusan