Konsep Bimbingan

    Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.

   Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya bimbingan ialah suatu proses menolong dan mengajar.

   Menurut Othman Mohamad (2000),bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

   Bimbingan adalah untuk semua murid di sekolah untuk memperkembangkan diri mereka.Fokus utama dalam bimbingan ialah mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal.Bimbingan juga mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kaki tangan lain di sekolah.Ia juga memrlukan murid untuk menyertai bimbingan secara sukarela.Guru bimbingan juga perlu bertingkahlaku profesional bagi mengelakkan hubungan tidak sihat.Perkhidmatan bimbingan juga merupakan tanggungjawab secara kolektif diantara guru,murid,guru pembimbingdan sekolah,rakan sebaya dan ibubapa murid itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Prinsip-Prinsip Kaunseling

Teori Psikoanalisis

Rumusan