Matlamat Kaunseling

   Matlamat kaunseling yang pertama ialah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.Melalui sesi kaunseling,klien dapat diajar untuk bertanggungjawab ke atas diri sendiri.Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan dalam kehidupannya.Sifat tidak bertanggungjawab ke atas diri sendiri tidak akan mendatangkan hasil yang baik.Jika sifat tanggungjawab ada dalam diri klien,mereka tidak akan menyalahkan orang lain jika ada berlaku sesuatu masalah.

   Yang kedua,matlamat kaunseling ini ialah ia dapat memperbaiki imej diri yang negatif.Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan.Klien seperti ini akan menyekat sebarang perkembangan dan penggunaan potensi dirinya.Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif.Selain itu,klien dapat belajar  memupuk ciri-ciri baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.

   Yang ketiga,matlamat kaunseling adalah untuk mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran lain amat penting.Klien yang tidak mahu belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan akan menghadapi banyak konflik pada masa akan datang.Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu.Kadangkala,orang lain atau persekitaran lain tidak akan berubah.Maka klien perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan konflik.

   Yang seterusnya,matlamat kaunseling dapat mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku.Kadangkala tingkahlaku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien.Tingkahlaku perlu disesuaikan dengan siapa klien berinteraksi,bila,tujuan dan situasi di mana klien berada.Kaunselor mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang dilakukan.Perubahan tingkahlaku tidak semestinya besar.Ianya juga boleh menjadi perubahan yang kecil.Faktor yang paling penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku dan perubahan ini perlulah berkekalan.

   Selain itu,matlamat kaunseling dapat membantu klien menjadi lebih produktif.Dalam hal ini,kaunselor perlu membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik.Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan sesuatu yang memuaskan.Dengan erti kata lain,klien tidak boleh berdiam diri sahaja untuk mengharapkan kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

   Matlamat kaunseling juga bertujuan untuk membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.Kaunselor menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dalam diri.Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya.Klien yang menggunakan sumber dalamannya akan merasakan bahawa dia boleh mengawal perjalanan hidupnya.

   Matlamat kaunseling juga adalah untuk mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan.Banyak masalah yang akan timbul kerana klien tidak memberi kata putus.Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan.Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan memudahkan membuat keputusan.Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan memudahkannya membuat keputusan.


Comments

Popular posts from this blog

Prinsip-Prinsip Kaunseling

Teori Psikoanalisis

Rumusan