Proses kaunseling individu
Proses kaunseling individu
Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid.kaunseling ini terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik,kaunseling individu kerjaya,kaunseling individu peribadi dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah.
Kaunseling individu akademik selalunya dijalankan untuk membimbing murid untuk membuat pilihan matapelajaran yang selaras dengan minat,keupayaan dan pencapaian mereka.
Kaunseling individu kerjaya pula dijalankan untuk membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang sesuai dengan perkembangan minat,keupayaan dan pencapaia klien.
Kaunseling individu peribadi sedikit berbeza dengan kaunseling individu lain kerana ia sedikit sensitif dan perlu dikawal dengan berhati-hati.hal ini kerana isu yang dibawa oleh setiap pelajar berbeza seperti hal percintaan,perhubungan sosial,isu kewangan,isu kekeluargaan,persahabatan dan pengurusan emosi.
Kaunseling penyalahgunaan dadah tidak selalu berlaku di sekolah tetapi guru perlu memikirkan tindakan yang harus diambil sekiranya perkara seperti ini berlaku.Kaunseling ini lebih fokus kepada murid yang salah bergaul dengan samseng,penghisap dadah,pil khayal dan pil kuda.Murid-murid yang terlibat dalam kes seperti ini tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
Peringkat Kaunseling Individu
1. Peringkat pra sesi - proses dilakukan sekali sahaj untuk mengenali dan memperoleh maklumat awal klien.maklumat ini membantu kaunselor untuk mengetahui latar belakang klien
2. Membina hubungan - kaunselor melayan klien dengan tingkah laku tanpa lisan yang mesra,menunjukkan keinginan untuk mendengar dan membantu,mendengar isi percakapan klien,memahami perasaan klien,tidak cepat membuat tanggapan.
3. Meneroka dan menganalisi masalah - kaunselor perlu meneroka masalah klien,apakah pemikiran tidak rasional,bagaimana perasaannya atau adakah pengalaman pahit yang menggangu klien.
4. Mengenal pasti punca masalah - kaunselor mengenal pasti punca masalah adakah berlaku kerana diri sendiri,orang lain atau takdir.
5. Mengambil tindakan - peringkat ini menghuraikan alternatif,membincangkan langkah yang diambil,meminta klien menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui dan memberi peluang kepada klien mendapat sokongan untuk rujukan berikutnya.
6. Penamatan sesi - sesi mestilah ditamatkan stelah masalah dapat diuruskan dan tiada perkara yang tergantung.

Comments
Post a Comment