Posts

Showing posts from July, 2018

Rumusan

   Kaunseling merupakan satu cara untuk membantu klien yang mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan sendiri.Kaunseling juga dapat membantu klien memudahkan urusan.    Kaunselor pula mestilah menggunakan segala kemahiran yang ada supaya klien dapat berasa selesa untuk meluahkan segala yang ingin diluahkan kepada klien.Dengan adanya kemahiran yang ada pada kaunselor,klien akan berasa selamat untuk meluahkan masalah kepada klien.Kaunselor yang terbaik ialah kaunselor yang dapat menyelesaikan masalah klien dengan cara yang betul.   Proses kaunseling juga dapat membantu ramai individu yang mempunyai masalah untuk diselesaikan dengan cara yang elok.Sebagai contoh,seseorang yang mengalami depresi atau tekanan boleh terus berjumpa dengan kaunselor dan terus melakukan sesi kaunseling untuk meluahkan apa yang terbuku dihati supaya perasaan atau masalah yang dihadapi tidak disimpan seorang diri.Orang yang mengalami depressi atau tekanan tidak boleh m...

Kemahiran kaunseling

   Dalam melakukan proses kaunseling,kaunselor perlu menguasai beberapa kemahiran.Berikut merupakan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh kaunselor.    Kemahiran kaunseling yang pertama yang perlu dikuasai oleh kaunselor ialah kemahiran mendengar.Kemahiran ini adalah kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor.Dalam kemahiran ini,kaunselor perlu banyak mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.Kaunselor tidak boleh menyampuk percakapan klien tersebut.Kaunselor perlu memberi sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh klien untuk memastikan kaunselor faham dengan masalah klien.Dalam mendengar,kaunselor perlu mendengar dengan teliti terhadap sesuatu perkara seperti isi kandungan,perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisandan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.Terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran mendengar seperti  kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ.Kaunselor bukan sahaja perl...

Proses kaunseling individu

Proses kaunseling individu Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid.kaunseling ini terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik,kaunseling individu kerjaya,kaunseling individu peribadi dan kaunseling individu tentang penyalahgunaan dadah. Kaunseling individu akademik selalunya dijalankan untuk membimbing murid untuk membuat pilihan matapelajaran yang selaras dengan minat,keupayaan dan pencapaian mereka. Kaunseling individu kerjaya pula dijalankan untuk membantu murid mendapat maklumat kerjaya yang sesuai dengan perkembangan minat,keupayaan dan pencapaia klien. Kaunseling individu peribadi sedikit berbeza dengan kaunseling individu lain kerana ia sedikit sensitif dan perlu dikawal dengan berhati-hati.hal ini kerana isu yang dibawa oleh setiap pelajar berbeza seperti hal percintaan,perhubungan sosial,isu kewangan,isu kekeluargaan,persahabatan dan pengurusan emosi. Kaunseling penyalahgunaan dadah tidak selalu be...

Teori Psikoanalisis

   Teori psikoanalisis ini memberi pengaruh yang kuat pada perkembangan bidang psikologi sosial diperingkat awal tetapi pengaruh tersebut agak berkurang.Ahli-ahli psikoanalisis melihat personaliti seseorang sebagai hasil akhir gerak kuasa yang bertindak dalam diri seseorang.Kebanyakan tindakan seseorang manusia bergantung kepada naluri-naluri yang terdapat dalam diri seseorang.Teori ini juga menekankan pentingnya penentu bawah sedar tingkahlaku.Faktor-faktor bawah sedar ini merupakan faktor yang diluar kesedaran manusia dan ia berperanan untuk mengatur tindakannya.tetapi ini tidak bermakna teori psikoanalisis ini mengetepikanpengalaman bawah sedar malah teori ini berpegangbahawa pengalaman sedar ditafsir berdasarkan kesimpulan yang dibuat pada faktor bawah sedar.    Teori psikoanalisis ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud.Beliau lahir pada 6 Mei 1956 dan meninggal dunia pada 23 September 1939.Beliau merupakan seorang ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanali...

Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling di sekolah

Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling di sekolah Perkhidmatan inventori ,taksiran dan rekod Pengendalian fail bimbingan dan kaunseling adalah salah satu perkhidmatan yang paling penting di sekolah.pengendalian fail tersebut untuk setiap pelajar dan dikendalikan oleh guru kaunseling.Guru kaunseling perlu mengumpul dan merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar.Guru juga perlu mengemaskini rekod kaunseling pelajar.Selepas itu,guru perlu mentafsir data untuk tujuan pembangunan diri pelajar Khidmat pengumpulan dan memberi maklumat Penyebaran maklumat pendidikan dan kerjaya adalah salah satu perkhidmatan yang harus dijalankan oleh guru kaunseling di sekolah rendah.Ini dapat memudahkan murid mendapat pendedahan tentang dunia pendidikan. Selain itu,perkhidmatan kerjaya seperti program teori kerjaya dan inventori kerjaya juga dilaksanakan oleh guru kaunseling.Melalui perkhidmatan ini,murid dapat mengetahui bakat dirinya.Jadi,murid mudah memilih cita-cita mengikut minat m...

Etika Kaunseling

ETIKA Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu.Etika dalam kaunselimg merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.Individu yang menceburi bidang kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan supaya menjaga imej dalam bidang kaunseling.Etika menyentuh persoalan yang berkaitan dengan apakah yang boleh dan tidak,sama ada perlakuan atau nilai.Berdasarkan apa yang dikatakan di atas,penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan masyarakat tempatan. KOD ETIKA DALAM KAUNSELING Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dalam suatu hubungan yang telah dibina.Kaunselor harus menjelaskan kepada semua klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.Penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling terbahagi kepada beberapa bahagian : 1.  Kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmat...

Kepentingan Kaunseling

   Melalui proses kaunseling,terdapat beberapa implikasi yang boleh diperoleh.Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Perhubungan Awam menyatakan empat implikasi kaunseling iaitu   Menggalakkan celik akal : -membantu klien mengenali dir dengan lebih mendalam -masalah yang dihadapi oleh klien berpunca daripada diri klien itu sendiri   Memberi sokongan kepada klien : -klien memerlukan sokongan dari segi emosi,kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah   Penyelesaian konflik : -dapat mengurangkan ketegangan atau masalah antara dua individu atau pihak -membantu mereka untuk menerima perbezaan dan mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dan dapat membawa kepada kebaikan   Membuat keputusan : -membantu klien yang menghadapi masalah dimana selalu menghadapi masalah membuat keputusan -kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum membuat keputusan ...

Prinsip-Prinsip Kaunseling

   Prinsip-prinsip kaunseling disediakan bagi menjamin kecilinan serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah.    Patterson (1967) mengemukakan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut: Kaunseling ialah suatu proses perubahan tingkahlaku klien secara sukarela.Hal ini bermaksud klien tersebut secara sukarela ingin mengubah tingkah laku dan meminta kaunselor untuk membantunya. kaunselor pula perlu menyediakan keadaan yang dapat membantu klien tersebut untuk merubah tingkah laku.Keadaan-keadaan tersebut ialah hak untuk membuat pilihan sendiri dan hak untuk klien berasa bebas untuk membuat perubahan tingkah laku. Klien pasti akan menghadapi beberapa batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma,nilai dan sikap sesorang kaunselor. Temubual diadakan untuk memudahkan perubahan tingkahlaku walaupun bukan semua jenis temu bual boleh dianggap kaunseling. kaunseling memerlukan seorang kaunselor yang ...

Matlamat Kaunseling

   Matlamat kaunseling yang pertama ialah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.Melalui sesi kaunseling,klien dapat diajar untuk bertanggungjawab ke atas diri sendiri.Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan dalam kehidupannya.Sifat tidak bertanggungjawab ke atas diri sendiri tidak akan mendatangkan hasil yang baik.Jika sifat tanggungjawab ada dalam diri klien,mereka tidak akan menyalahkan orang lain jika ada berlaku sesuatu masalah.    Yang kedua,matlamat kaunseling ini ialah ia dapat memperbaiki imej diri yang negatif.Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan.Klien seperti ini akan menyekat sebarang perkembangan dan penggunaan potensi dirinya.Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif.Selain itu,klien dapat belajar  memupuk ciri-ciri baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.Imej ...

Perbezaan antara Bimbingan dan Kaunseling

BIMBINGAN KAUNSELING Semua orang boleh memberi bimbingan Kaunselor bertauliah,mempunyai lesen dan menghadiri kursus Dalam bimbingan ada kaunseling Aplikasi teori dan pengetahuan Bimbingan untuk semua Garis panduan kod etika Berlaku dimana-mana sahaja Ada bilik khas

Konsep Bimbingan

    Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dan cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.    Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya bimbingan ialah suatu proses menolong dan mengajar.    Menurut Othman Mohamad (2000),bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.    Bimbingan adalah untuk semua murid di sekolah untuk memperkembangkan diri mereka.Fokus utama dalam bimbingan ialah mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal.Bimbingan juga mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kaki tangan lain di sekolah.Ia juga memrlukan murid untuk menyertai bimbingan secara sukarela.Guru bimbingan juga perlu bertingkahlaku profesional ...